Jawatan Kosong
Kami mempelawa calon-calon warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan, dedikasi dan komited untuk mengisi kekosongan segera jawatan berikut di Kolej Ketengah :
PEMANDU KENDERAAN
  1. Mempunyai sekurang-kurangnya SRP/PMR/PT3.
  2. Mempunyai lesen memandu Kelas D,E dan Lesen PSV yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).
  3. Berkebolehan menyelenggara kenderaan adalah satu kelebihan.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
Tarikh Tutup Permohonan
20 Ogos 2025
PENSYARAH
  1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang TESL atau Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) atau Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) Berkeperluan Khas atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
  2. PNGK (CGPA) minimum 3.00.
  3. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan setaraf.
  4. Mahir berkomunikasi (lisan dan bertulis) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Tarikh Tutup Permohonan
31 Ogos 2025
Syarat Am Semua Jawatan
  • Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.
  • Sanggup menerima cabaran baru.
  • Mempunyai sikap serta peribadi yang baik dan terpuji.
  • Mampu memberi komitmen yang baik.
Calon perlu mengemukakan:
  1. Resume terperinci.
  2. Menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon.
  3. Nombor telefon.
  4. Gambar bersaiz pasport (tidak dikembalikan).
Permohonan jawatan perlu dihantar kepada:
  • Email:
    admin@kolejketengah.edu.my
    (softcopy hendaklah dalam format PDF)
(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang berminat, walaubagaimanapun, hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga akan dihubungi)