LAMAN UTAMA
Selamat Datang Pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti) Tajaan KEMAS
- Perincian
- Diterbitkan pada 06 Disember 2017
27 - 30 November 2017 : Kolej Ketengah telah menerima seramai 91 pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti). Pelajar-pelajar tersebut merupakan guru-guru KEMAS dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan program Minggu Orentasi Pelajar Baru yang dikendalikan oleh Bahagian Akedemik Kolej Ketengah. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah diantara pelajar baru, memberi pendedahan mengenai Kolej Ketengah dan juga mendisiplinkan pelajar baru dengan pelbagai aktiviti sebelum sesi pembelajaran bermula.
Kontijen Kolej Ketengah Cemerlang di Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2017
- Perincian
- Diterbitkan pada 13 November 2017
5 - 8 November 2017 : Kontijen Kolej Ketengah melakar sejarah di Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2017 apabila mendapat tempat kelima keseluruhan daripada 15 IPTS yang bertanding. Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2017 yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) ini diadakan setahun sekali menarik penyertaan 15 IPTS seluruh Zon Timur.
Pihak Pengurusan Kolej Ketengah berbangga dengan pencapaian atlit pada kejohanan kali ini dimana telah berjaya mengutip 1 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa yang menjadikan Kolej Ketengah mendapat tempat kelima keseluruhan.
Tahniah dan Syabas kepada semua atlit.