Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN & KERJAYA (PLKK)

PENGENALAN

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) merupakan satu bahagian di bawah Kolej Ketengah.  Kolej Ketengah merupakan sebuah Intitusi Pedidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia, No. Perakuan Pendaftaran: DK208 (T) dan juga Penyedia Latihan Berdaftar di bawah Pembangunan Sumber Manusia (PSMB), No Pendaftaran (072838W).

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK), Kolej Ketengah terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dalam daerah Dungun, Terengganu di kawasan seluas 37 hektar. Jaraknya adalah sejauh 52 km dari Pusat Bandar Dungun, 105 km dari Kuala Terengganu dan 119 km dari Kuantan dan boleh dihubungi dengan menggunakan Lebuhraya Jerangau-Jabor dan Lebuhraya Pantai Timur.

Pusat Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK telah ditubuhkan bermula 1 Januari 2012. Berdasarkan statistik, sebanyak 155 kursus telah dianjurkan dan seramai 4734 orang peserta telah mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti bengkel berkumpulan, seminar dan kursus untuk syarikat. Pusat ini sangat komited dengan usaha untuk membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu bagi merangkumi diri, keluarga, masyarakat dan organisasi. Tenaga penggerak unit ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan berpengalaman dalam pelbagai bidang.

BERIKUT ADALAH TAKWIN KURSUS JANGKA PENDEK SEPANJANG TAHUN 2019/2020

 

SILA KLIK UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT LENGKAP KURSUS JANGKA PENDEK YANG KAMI TAWARKAN SEPANJANG TAHUN 2019

KAMI MEMBUKA PELUANG KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS YANG DIANJURKAN

SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN PROGRAM YANG DIANJURKAN BOLEHLAH TERUS BERHUBUNG TERUS DENGAN PEGAWAI KAMI;

PUAN ROZMALIZA / CIK WANI

NO. TELEFON : 098221492 @ 098221491

You are here:Laman Utama Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya