Pelajar Kolej Ketengah Menjadi Sukarelawan Program 'Eco Education Programme' Bersama Showme Kids School

1
3
4
5
2

28 April 2019 : Seramai 30 orang pelajar telah dijemput oleh pihak Showme Kids School Kuala Terengganu untuk menjadi sukarelawan Program 'Eco Education'. Program ini dirancang oleh Showme Kids School bagi melakukan aktiviti riadah yang seronok kepada kanak-kanak dibawah selian Showme Kids School.

Kolej Ketengah amat berbesar hati menerima jemputan daripada pihak Showme Kids School kerana aktiviti sebegini mampu memberi pendedahan yang baik kepada pelajar-pelajar kami untuk menghadapi realiti sebenar menjadi seorang pendidik yang profesional. Semoga jalinan usahasama diantara Kolej Ketengah dan Showme Kids School akan sentiasa berterusan di masa-masa akan datang.

Majlis Perpisahan Pelajar Batch 7 : Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3
2
5
1
4

21 April 2019 : Pensyarah dan Kakitangan Kolej Ketengah telah diraikan dalam satu Majlis Perpisahan Pelajar Diploma Pendidikan Kanak-Kanak Batch 7. Majlis yang bertemakan Suasana Kampung' ini telah dirancang oleh semua pelajar-pelajar tersebut sebagai tanda terima kasih kepada Pensyarah dan Kakitangan Kolej Ketengah.

Seramai 54 pelajar akan memulakan Latihan Praktikal mereka pada 16 Jun 2019 dan seterusnya menamatkan pengajian pada 19 September 2019. Pihak Pengurusan Kolej Ketengah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar.

Lawatan Pengurusan Kolej Ketengah ke TATI University College (TATIUC)

3
2
1
5

2 April 2019 : Kolej Ketengah telah membuat lawatan kerja ke TATI University College (TATIUC), Teluk Kalong, Kemaman Terengganu. Lawatan ini adalah merupakan satu usaha bersama di antara Kolej Ketengah dan TATI University College (TATIUC) bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama Akademik pada masa hadapan.

Lawatan ini dihadiri oleh Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah dan Puan Nur Umira binti Mustapha; Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kolej Ketengah. Sambutan daripada pihak TATI University College (TATIUC) telah diatur oleh Dr Rozliza bt Ramli; Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Dr. Ruzlaini Bt Ghoni; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal & Automasi (FTKEA) dan Cik Shuhairah; Penolong Pendaftar (Akademik dan Pengantarabangsaan).

Pengurusan Kolej Ketengah berharap agar lawatan ini dapat memberi impak yang positif sebagai permulaan ke arah kerjasama yang erat pada masa-masa akan datang.  

Program Cuti Sekolah : 'English Is Fun 2.0'

1
2
4
5
3
6

27 – 28 Mac 2019 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Cuti Sekolah "English is Fun 2.0" terutama untuk kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun. Terdapat 52 peserta terlibat dalam program ini. Puan Nur Umira dan Cik Fazleen Anina  bertindak sebagai fasilitator dengan bantuan pensyarah-pensyarah Kolej Ketengah sebagai tutor untuk program tersebut.

Objektif program adalah untuk membangkitkan minat di kalangan kanak-kanak ini untuk belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan. Terdapat 5 slot yang berbeza yang dijalankan semasa program tersebut iaitu Siapa saya ?, Sing Along, Dunia Baik Pagi, Permainan Aktif dan lain-lain.

Majlis pembukaan dan penutupan telah diadakan pada 28 Mac oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; En Emisham bin Embong. Semasa majlis tersebut, peserta membuat persembahan ceria dalam kumpulan dan sijil diberikan pada akhir majlis. Para peserta dan ibu bapa memberikan respon yang baik dan berharap program ini akan dianjurkan lebih pada masa akan datang.

Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Daerah Dungun dan Kemaman Tahun 2019

6
7
3
1
4
2
5

16 Mac 2019 : KPDNHEP Daerah Dungun dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kolej Ketengah telah menganjurkan Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Daerah Dungun dan Kemaman Tahun 2019. Program ini telah dijalankan di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Pertandingan ini diadakan bagi mencari wakil Kelab Pengguna Sekolah yang akan mewakili Daerah Dungun dan Kemaman ke Pertandingan Peringkat Negeri Terengganu.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Encik Mohamad bin hashim; Ketua KPDNHEP Daerah Dungun, Encik Mohd Radzi bin Md Noor ; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding, Encik Ramli bin Jusoh; Pegawai Pelajaran Daerah Dungun dan Encik Mahzan bin Hamzah; Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Imtiaz Dungun dan Sekolah Menengah Chukai Kemaman kerana telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.

Kolej Ketengah menyertai Simposium Pendidik Awal Kanak-Kanak Malaysia 2019 (Pendidik: Antara Profesionalism dan Masa Depan)

2
3
1
4

16 Mac 2019 : Kolej Ketengah telah menyertai Simposium Pendidik Awal Kanak-Kanak Malaysia 2019 (Pendidik: Antara Profesionalism dan Masa Depan) bertempat di KPTM Kota Bharu. Program ini merupakan anjuran bersama MARA Negeri Kelantan dan Pertubuhan Pra Sekolah dan Asuhan Negeri Kelantan (PERASKO).

Moderator bagi program ini ialah Puan Jameyah Sheriif yang merupakan Direktori Pakar Industri Negara. Penampilan istimewa ialah Dr Putri Afzan Maria Zulkifli selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara.  Semoga penyertaan Kolej Ketengah dalam program seumpama ini dapat memberikan impak yang berkesan dalam mendidik pelajar-pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak disini.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI