Pendaftaran Sesi November 2018 Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Separuh Masa) Kursus Dalam Cuti Tajaan KEMAS dan Persendirian

1
10
9
8
5
6

25 November 2018: Kolej Ketengah telah menerima kemasukan pelajar-pelajar baru kohort 4 seramai 27 orang bagi pendaftaran Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti). Seramai 24 orang pelajar adalah guru-guru Tabika dibawah tajaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS ) daripada Zon Utara dan Pantai Timur Semenanjung manakala 3 orang lagi adalah pelajar persendirian. Pelajar-pelajar ini akan memulakan pengajian bagi semester pertama bagi sesi November 2018. Tempoh pembelajaran Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti) adalah selama 3 tahun. Program ini merupakan pengajian peringkat diploma secara separuh masa dimana pembelajaran dibuat setiap kali cuti persekolahan.

Pendaftaran pelajar-pelajar Kohort 3 juga dibuat pada masa yang sama melibatkan 91 pelajar tajaan KEMAS seluruh semenanjung yang akan memulakan semester ketiga pada November 2018.

Kolej Ketengah menyertai Program Monsun Run 2018

5
2
6
4
1
3

22 November 2018: Seramai 50 orang pelajar dan 10 orang kakitangan  Kolej Ketengah telah menyertai Program Monsun Run 2018 yang dianjurkan Ketengah Holding Sdn Bhd dengan kerjasama KETENGAH dan UiTM Kampus Bukit Besi telah menganjurkan Monsoon Run 2018 pada 22 November 2018 bertempat di Bandar Bukit Besi, Dungun Terengganu.

Jarak larian adalah sepanjang 5KM berkonsep fun run telah melalui kawasan indah di Tasik Puteri. Disamping mengekalkan kecergasan, program ini bertujuan memperkenalkan Pusat Niaga Tasik Puteri kepada orang ramai yang kini sudah beroperasi. Turut diadakan kempen derma darah, jualan usahawan dan cabutan bertuah. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut Encik Zainuddin bin Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Korporat Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Taklimat Kepada Calon Utara (Guru KEMAS) Bagi Kemasukan Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kursus Dalam Cuti)

4
3
1
2

17 November 2018 : Satu sesi taklimat telah dijalankan bertempat di Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Pulau Pinang kepada calon pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Ketengah bagi Mod Kursus Dalam Cuti. Calon pelajar dari zon utara adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada guru-guru KEMAS Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

Sesi taklimat ini adalah berkenaan sesi pengenalan latar belakang Kolej Ketengah, yuran pengajian, struktur subjek serta kalendar akademik. Sesi taklimat ini juga sebagai satu  pendedahan awal kepada calon mengenai Kolej Ketengah dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Turut hadir pada sesi taklimat ini adalah En. Mohd zuhairi bin Abdul Aziz; Timb. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Pembangunan), En. Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah, En. Zainul Adnan bin Zainal Abidin; Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional,KEMAS Putrajaya, En. Zamri bin Razak; Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional, KEMAS Putrajaya, Pn. Norhaslin binti Jalaludin; Penyelia Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional ,KEMAS Putrajaya, Pn. Rozita Md. Jusoh; Pen. Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang dan Penyelia-Penyelia KEMAS Negeri Zon Utara.

Pengurusan Kolej Ketengah berharap kerjasama yang dijalankan dengan pihak KEMAS akan berkekalan dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

 

Kolej Ketengah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2018

1
9
5
2
3
6
8
4
7
 
1 - 4 November 2018 - Kolej KETENGAH telah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2018 yang bertempat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan sukan IPTS anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan setiap tahun telah menarik penyertaan 16 IPTS seluruh pantai timur.
 
Kolej KETENGAH telah menghantar seramai 32 orang atlit bagi sukan Ping Pong, badminton dan bola jaring. Walaupun kontijen Kolej KETENGAH tidak mendapat sebarang pingat pada kejohanan ini, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan atlit yang bertanding cukup membanggakan seluruh warga Kolej KETENGAH.

Lawatan Sambil Belajar Kolej KEDA ke Kolej Ketengah

9
6
3
7
8
4
1
2
5

24 Oktober 2018 : Kolej Ketengah menerima kunjungan dari Kolej KEDA yang terdiri daripada 38 orang pelajar diiringi oleh En Houzall Othman bin Mohd Hashim; Penolong Pengetua Pentadbiran bersama dengan 9 kakitangan kolej tersebut. Program dimulakan dengan sessi lawatan ke Pusat Latihan Kerjasama di Kemaman untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai kursus Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi Kursus Insulasi Paip Gas.

Lawatan ini turut disertai oleh wakil KETENGAH, Puan Nur Amalina bt  Mohd Basri; Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; Encik Emisham bin Embong. Lawatan diteruskan ke Kolej Ketengah untuk sesi taklimat dan jamuan makan tengah hari. Turut serta pada sesi ini ialah Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin; Penolong Pengurus  Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat.

Sesi petang diteruskan dengan lawatan ke Pusat Latihan Kerjasama di Ajil untuk meninjau Kursus Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi Program Kimpalan 6G yang dijalankan disana. Sepanjang program ini pihak Kolej KEDA dan Kolej Ketengah berkongsi informasi mengenai program-program yang dijalankan oleh kedua-dua pihak.

Kursus Jangka Pendek : Team Building (Teaming With Passion) Siri 1

10
5
13
7
11
8
6
3
12
4
9
2
14
1

Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Team Building (TEAMING with PASSION) untuk kakitangan Kumpulan Pengurusan (A) KETENGAH dan Pengurusan KHSB dan Anak Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd bertempat di Serene Resort & Training Centre, Janda Baik Pahang. Kursus siri pertama ini telah diadakan pada 16 - 18 Oktober 2018 (Selasa - Khamis) selama 3 hari 2 malam. Seramai 36 orang kakitangan menyertai program team building siri pertama ini yang terdiri daripada 14 orang Pegawai Kumpulan (A) KETENGAH dan 22 orang pegawai Ketengah Holding Sdn Bhd dan Anak Syarikat KHSB.

Tujuan kursus team building ini diadakan adalah sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan kakitangan yang setia, berintegriti dan bekerjasama di bawah satu matlamat iaitu agensi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Kursus ini akan turut memberi pendedahan kepada setiap kakitangan berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri kakitangan di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif agensi/syarikat.

Penceramah Jemputan yang mengendalikan program ini ialah Encik Hafiz Musthapa (CuteCarry), Micheal Teoh (Thriving Talents) dan Encik Saifu bin Pathil, Outdoor Profesional Instructor Serene Resort. Majlis penutup dirasmikan oleh Pengurus Besar; YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Encik Radzi bin Md. Noor dan Encik Mohd Azmi bin Muda; Pengurus Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia KETENGAH.

 

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI