Selamat Datang Pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa) Sesi Januari 2019

4
3
1
5
2

14 Januari 2018 : Pihak Kolej Ketengah telah menerima pelajar-pelajar baru program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa) sesi Januari 2019. Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan program minggu silaturrahim bermula 14hb sehingga 17hb Januari 2019. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).


Walaubagaimanapun, untuk makluman; permohonan bagi kemasukan Sesi Januari 2019 masih dibuka kepada calon-calon pelajar yang layak  sehingga 31 Januari 2019. Pendaftaran adalah dibuat secara ‘Walk In’ terus ke Kolej Ketengah.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami untuk keterangan lanjut di talian 0982228621 atau berhubung melalui aplikasi Whatapps di talian 01110690515 (Puan Umira).

 

Majlis Perpisahan Pelajar Diploma Pendidikan Kanak-Kanak Batch 6

4
0
5
6
2
3
7
1

6 Januari 2019 : Tenaga Pengajar dan Kakitangan Kolej Ketengah telah diraikan dalam satu Majlis Perpisahan Pelajar Diploma Pendidikan Kanak-Kanak Batch 6. Majlis yang bertemakan 'Back To School' ini telah dirancang oleh semua pelajar-pelajar tersebut sebagai tanda terima kasih kepada Tenaga Pengajar dan Kakitangan Kolej Ketengah.

Pelajar-pelajar ini akan memulakan Latihan Praktikal mereka pada 15 Januari 2019 dan seterusnya menamatkan pengajian pada Jun 2019. Pihak Pengurusan Kolej Ketengah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar.

Program Cuti Sekolah "English For Fun"

1
9
6
7
4
3
8
2
5

19 & 20 Disember 2018 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Cuti Sekolah "English is Fun" terutama untuk kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun. Terdapat 43 peserta terlibat dan Puan Nur Umira bt Mustapha bertindak sebagai fasilitator dengan bantuan 30 pelajar dari batch 9 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai tutor untuk program tersebut.

Objektif program adalah untuk membangkitkan minat di kalangan kanak-kanak ini untuk belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan. Terdapat 5 slot yang berbeza yang dijalankan semasa program tersebut iaitu Siapa saya ?, Sing Along, Dunia Baik Pagi, Permainan Aktif dan lain-lain.

Majlis pembukaan dan penutupan telah diadakan pada 20 Disember oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; En Emisham bin Embong. Semasa majlis tersebut, peserta membuat persembahan ceria dalam kumpulan dan sijil diberikan pada akhir majlis. Para peserta dan ibu bapa memberikan respon yang baik dan berharap program ini akan dianjurkan lebih pada masa akan datang.

Perbincangan Semakan Draf Memorandum Perjanjian (MoA) Kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej KETENGAH

2
1
3

Satu Perbincangan Semakan Draf Memorandum Perjanjian (MoA) Kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej KETENGAH telah diadakan pada 17 Disember 2018 bertempat di Dewan Senat UniSZA. Melalui perbincangan tersebut, terdapat beberapa pemurnian yang akan dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan MoA tersebut dan mendapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Ahmad Shukri Bin Yazid (Penolong Naib Canselor UniSZA). Turut hadir ke perbincangan ini ialah Dr. Mohd Adzim Khalili Bin Rohin (Pengarah CCE), Dr.Aznida Hayati Binti Zakaria @ Mohamad (T.Pengarah CCE), En. Mohd Razi Bin Md Noor (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding) dan En. Emisham bin Embong (Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah).

Program Derma Darah Tahun 2018 dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah

2
7
4
6
5
8
3

3 Disember 2018 (Isnin) - Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan kerjasama Kolej KETENGAH telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bagi mengisi kekurangan bekalan darah di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Program ini telah berlangsung di Dewan Utama Kolej KETENGAH dan berjaya menarik penderma dikalangan pelajar-pelajar Kolej KETENGAH, kakitangan dan masyarakat setempat. Turut disediakan bagi menarik pengunjung ialah jualan dari pengusaha ‘Food Truck’.

Program pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dimana sebanyak 41 beg darah berjaya didermakan kepada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk diberikan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma-penderma.

Kolej Ketengah bersiaran secara langsung di Radio Manis.fm

2
4
1
3

Stesen Radio serantau No 1 di Malaysia iaitu Manis FM telah menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; Emisham bin Embong dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran; Pn Nur Umira ke Konti Manis FM untuk rakaman program yang akan disiarkan ‘live’ pada hari Jumaat, 30/11/2018 jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Dalam sesi rakaman tersebut pihak kolej telah berkongsi maklumat berkenaan tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Ketengah untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada semua pelajar lepasan SPM yang lulus sekurang-kurangnya 3 kredit. Pengambilan Januari akan dibuat pada 15 Januari hingga 31 Januari 2019. Tawaran istimewa diberikan di mana tiada yuran pendaftaran dan penginapan di asrama adalah percuma sepanjang pengajian selama 2 tahun 4 bulan.

Kepada pelajar yang berminat boleh mendaftar di laman web ini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Januari 2019. Pihak Kolej Ketengah mengucapkan terima kasih kepada pihak Manis FM yang menjemput pihak Kolej Ketengah untuk mempromosikan program-program yang ada di Kolej Ketengah. Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi Kolej Ketengah di talian 098222861 atau melalui aplikasi Whatapps ke nombor 01110690515.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI