Kejohanan Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR) 2019

5
89177727-d3b6-4831-ab96-b0160f88e13d
1
2
4b08ead8-ef27-4f94-a9be-336918193958

20 – 24 Februari 2019 - Kolej KETENGAH telah menyertai Kejohanan Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR) 2019 yang bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak, Kuala Terengganu. Kejohanan sukan IPTS anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Unisza ini telah menarik penyertaan 27 IPTS seluruh pantai timur. Sebanyak 8 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Memanah, Petanque, Sepak takraw, Badminton, Bola Jaring, Bola tampar, Futsal dan Golf.

Kolej KETENGAH telah menghantar seramai 28 orang atlit bagi sukan Badminton, Bola Tampar dan Bola Jaring. Walaupun kontijen Kolej KETENGAH tidak mendapat sebarang pingat pada kejohanan ini, tetapi semangat kesukanan yang ditunjukkan atlit yang bertanding cukup membanggakan seluruh warga Kolej KETENGAH.

Tahniah kepada semua atlit.

Perjumpaan Khas Yb Dr Maszlee; Menteri Pendidikan Malaysia bersama Pegawai dan Wakil daripada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

21 Februari 2019 : Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah telah menyertai sesi Perjumpaan Khas YB Dr Maszlee bersama Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). YB Menteri Pendidikan Malaysia telah bertemu dengan kira-kira 400 pemimpin dan wakil Institusi Pendidikan Tinggi Swasta bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya.

Sesi ini merupakan usaha berterusan KPM bagi memperkukuhkan libat urus bersama semua pihak dalam memastikan mutu pendidikan tinggi negara berada pada tahap cemerlang. Menerusi pertemuan ini YB Dr Maszlee berkongsi dasar, matlamat dan hala tuju KPM dalam membangunkan sistem pendidikan tinggi negara. Dalam ucapannya, YB Dr Maszlee berkongsi tentang sumbangan IPTS dengan menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

 
 
 

Perbincangan Kerjasama diantara Kolej Ketengah dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC )

0
1
2

18 Februari 2019: Satu perbincangan di antara Kolej Ketengah dan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ) telah diadakan untuk membincangkan kaedah usahasama yang boleh dijalankan antara kedua-dua pihak. Perbincangan ini telah diadakan di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ), Kuala Lumpur. Perbincangan dipengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Zubir bib Sheikh Saad, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ). Turut menyertai perbincangan ini Encik Zainudin bin Mohd Zaki; Pengerusi Kolej Ketengah, Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah dan Puan Nur Umira binti Mustapha; Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kolej Ketengah.

Perbincangan dimulai dengan sesi taklimat mengenai Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS ( PIUC ) dan diikuti dengan taklimat dari wakil Kolej Ketengah. Perbincangan diteruskan dengan mendengar pandangan serta idea mengenai peluang usahasama di antara dua institusi ini. Semoga kerjasama ini diharap akan dapat memberikan manfaat dan merapatkan lagi sillaturahim yang telah terjalin.

Lawatan Penilaian dan Verifikasi Kementerian Pendidikan Malaysia ke Kolej Ketengah

6
7
2
5
3
4
1

14 Feb 2019 : Kolej Ketengah menerima kunjungan dari pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tujuan penilaian dan verifikasi bagi permohonan tambah premis. Dua pegawai penilai yang terlibat ialah Encik Mohd Nafiz bin Mohd Nazly dan Encik Mior Amran Noor bin Mior Ahmad Noor. Program turut disertai wakil KETENGAH Puan Nur Hidayat Bt Othman dan wakil Ketengah Holding Sdn. Bhd, En. Wan Mohd Azlan bin Wan Mustapha.

Lawatan dimulai dengan sessi taklimat ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah, En. Emisham bin Embong dan diikuti dengan semakan dokumen. Pegawai-pegawai penilai juga melawat setiap bahagian di blok premis tambahan diiringi oleh pihak pengurusan kolej. Lawatan diakhiri dengan mesyuarat penutup bagi membincangkan hasil laporan penilaian yang telah dibuat. Pihak kolej juga telah diberi beberapa cadangan penambahbaikkan sebelum sesi lawatan seterusnya oleh pihak KPM.

Kursus Finance For Non-Finance Managers: The Basics

4
6
2
3
Untitled-1
5

27 Januari 2019 : Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Finance For Non-Finance Managers: The Basics bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun Terengganu. Kursus ini mensasarkan pegawai pengurusan Ketengah Holding Sdn dan pegawai-pegawai kumpulan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn Bhd. Prof. Dr. Rosalan Ali, Fulbright Fellow (Dean, School Of Business And Management Picoms International University College Kuala Lumpur) telah dilantik sebagai moderator dan penceramah bagi kursus ini.

Tujuan kursus ini diadakan untuk mengukuhkan pemahaman tentang asas perakaunan dan prinsip kewangan yang merupakan elemen penting dalam perniagaan yang dijalankan setiap hari. Disamping itu, kursus ini dapat memupuk kesedaran tentang tahap pengurusan kewangan di kalangan peserta.

Hari Pendaftaran Persatuan dan Kelab Kolej Ketengah Tahun 2019

2
7
5
6
1
3
4

21 Januari 2019 : Kolej Ketengah telah mengadakan hari Pendaftaran Persatuan dan Kelab bagi Tahun 2019. Sebanyak dua Persatuan dan Kelab telah memberi taklimat kepada pelajar-pelajar Kolej Ketengah. Taklimat Tekwando dan Demontrasi telah dikendalikan oleh En.Abu Bakar bin Abdullah yang merupakan Jurulatih Tekwando ITF Terengganu. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMN) Cawangan Dungun turut hadir memberi taklimat Kepada Pelajar. Turut menberi taklimat ialah Kelab Keusahwanan dan Kelab Bahasa Inggeris. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar disamping memberi sedikit gambaran berkenaan Persatuan dan Kelab yang bakal mereka ikuti.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI