Program Cuti Sekolah : 'English Is Fun 2.0'

3
1
6
5
2
4

27 – 28 Mac 2019 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Program Cuti Sekolah "English is Fun 2.0" terutama untuk kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun. Terdapat 52 peserta terlibat dalam program ini. Puan Nur Umira dan Cik Fazleen Anina  bertindak sebagai fasilitator dengan bantuan pensyarah-pensyarah Kolej Ketengah sebagai tutor untuk program tersebut.

Objektif program adalah untuk membangkitkan minat di kalangan kanak-kanak ini untuk belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan. Terdapat 5 slot yang berbeza yang dijalankan semasa program tersebut iaitu Siapa saya ?, Sing Along, Dunia Baik Pagi, Permainan Aktif dan lain-lain.

Majlis pembukaan dan penutupan telah diadakan pada 28 Mac oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah; En Emisham bin Embong. Semasa majlis tersebut, peserta membuat persembahan ceria dalam kumpulan dan sijil diberikan pada akhir majlis. Para peserta dan ibu bapa memberikan respon yang baik dan berharap program ini akan dianjurkan lebih pada masa akan datang.

Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Daerah Dungun dan Kemaman Tahun 2019

6
2
7
1
4
5
3

16 Mac 2019 : KPDNHEP Daerah Dungun dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kolej Ketengah telah menganjurkan Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Daerah Dungun dan Kemaman Tahun 2019. Program ini telah dijalankan di Auditorium Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Pertandingan ini diadakan bagi mencari wakil Kelab Pengguna Sekolah yang akan mewakili Daerah Dungun dan Kemaman ke Pertandingan Peringkat Negeri Terengganu.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Encik Mohamad bin hashim; Ketua KPDNHEP Daerah Dungun, Encik Mohd Radzi bin Md Noor ; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding, Encik Ramli bin Jusoh; Pegawai Pelajaran Daerah Dungun dan Encik Mahzan bin Hamzah; Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

Tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Imtiaz Dungun dan Sekolah Menengah Chukai Kemaman kerana telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.

Kolej Ketengah menyertai Simposium Pendidik Awal Kanak-Kanak Malaysia 2019 (Pendidik: Antara Profesionalism dan Masa Depan)

3
2
1
4

16 Mac 2019 : Kolej Ketengah telah menyertai Simposium Pendidik Awal Kanak-Kanak Malaysia 2019 (Pendidik: Antara Profesionalism dan Masa Depan) bertempat di KPTM Kota Bharu. Program ini merupakan anjuran bersama MARA Negeri Kelantan dan Pertubuhan Pra Sekolah dan Asuhan Negeri Kelantan (PERASKO).

Moderator bagi program ini ialah Puan Jameyah Sheriif yang merupakan Direktori Pakar Industri Negara. Penampilan istimewa ialah Dr Putri Afzan Maria Zulkifli selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara.  Semoga penyertaan Kolej Ketengah dalam program seumpama ini dapat memberikan impak yang berkesan dalam mendidik pelajar-pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak disini.

Program 'School Attack' Sempena Keputusan SPM 2018

5
4
3
1
2

14 Mac 2019 : Sempena Keputusan SPM 2018, Kolej Ketengah telah melancarkan program "School Attack" ke 40 buah sekolah terpilih di seluruh Terengganu. Program ini adalah sebagai pendedahan pertama kepada pelajar SPM 2018 mengenai peluang pendidikan di Kolej Ketengah.

Untuk pelajar-pelajar yang berminat menyambung pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak bolehlah berhubung terus dengan Puan Mira di Nombor Telefon 01110690515

Pengurusan Kolej Ketengah mengucapkan Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2018.

Majlis Pelancaran Program ‘Mastering English For Employment 2019’

3
5
1
4
2

11 Mac 2019 : Majlis Pelancaran Program Kursus ‘Mastering English For Employment’ telah dirasmikan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Program ini merupakan kerjasama bersama Pusat Pendidikan Berterusan (CCE) Unisza. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Mohd Radzi bin Mohd Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding, Encik Mohd Azmi bin Muda; Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KETENGAH dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Kursus Jangka Pendek ‘Mastering English for Employment’ merupakan satu program baru yang dijalankan oleh Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya. Seramai 40 orang peserta dari kumpulan pengurusan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang menyertai program ini. Program ini akan dijalankan selama 3bulan bermula 24 Februari 2019 sehingga 27 Mei 2019.

Pelajar Kolej Ketengah menyertai Program Khidmat Masyarakat

4
3
5
2
1

1 Mac 2019 : Seramai 48 pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Batch 9 bersama 3 pegawai pengiring telah menyertai Program Khidmat Masyarakat kerjasama antara KETENGAH dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) Kg. Jerangau dan juga PIBG Sekolah Kebangsaan Jerangau. Program ini diadakan  di Sekolah Kebangsaan Jerangau, Dungun Terengganu.

Pembinaan pondok menunggu yang dinamakan Pondok Tanjung merupakan salah satu sumbangan KETENGAH kepada pihak sekolah bagi memberi kemudahan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah apabila selesai sesi persekolahan atau sebarang aktiviti sekolah. Penyediaan pondok menunggu ini secara tidak langsung  menunjukkan bahawa aspek keselamatan pelajar-pelajar sekolah ini sentiasa dititikberatkan.

Di samping gotong royong pembinaan pondok menunggu, gotong royong pembersihan kawasan sekolah dan persekitaran juga telah diadakan dan disertai oleh lebih 200 orang yang terdiri daripada pengurusan  KETENGAH, ibu bapa dan guru, NGO's seperti PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, AKRAB, Majlis Bersama Jabatan, MPKK Kg Jerangau, pelajar Kolej KETENGAH dan juga kakitangan Pusat Koreksional Dungun. Turut hadir ialah Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI