Kursus Jangka Pendek : Pembentukan Imej & Keperibadian Berkarisma Eksekutif Muda

3
1
5
4
7
6
2

12 - 13 Oktober 2019 : Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Pembentukan Imej dan Keperibadian Berkarisma Eksekutif Muda kepada 48 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kursus ini dijalankan bertempat di Bilik Seminar INOS, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kursus yang dirangka khas selama 2 hari ini memberi pendedahan dan perkongsian asas kepada para peserta bahawa imej itu datangnya dari dua (2) dimensi, iaitu terhadap pembawa dan penilai. Kedua - dua dimensi ini harus atau hampir selari agar kewujudan imej yang terbina di dalam emosi dan persepsi masing - masing adalah berkekalan, diterima ramai, bersesuaian dan menjana jenama yang lebih segar dan positif baik pada individu mahupun organisasi. Kursus ini juga memberi pendedahan terhadap elemen elemen penjana imej diri di kalangan dunia korporat.

Pusat Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah sedang giat menjalankan pelbagai kursus-kursus jangka pendek untuk sektor kerajaan mahupun swasta. Untuk pertanyaan dan penganjuran kursus bolehlah menghubungi kami di talian 098222861.

Kursus Jangka Pendek : Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti (Surat, Memo, Kertas Kerja dan Laporan Projek)

1
2
3
6
4
5
8
9
7

10 - 11 Oktober 2019 : Pegawai dan kakitangan Kolej Ketengah telah menyertai satu Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Berkualiti (Surat, Memo, Kertas Kerja dan Laporan Projek) yang telah diadakan di H-Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Kolej Ketengah dan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Dr. Tengku Khairi bin Tengku A. Rahman.

Kursus selama 2 hari ini dirangka dengan cukup padat bagi memberikan pengetahuan bagaimana untuk membuat surat rasmi, memo, kertas kerja dan laporan projek yang lebih efektif dan sistematik mengikut amalan semasa Kerajaan Malaysia.

Pihak pengurusan kolej amat mengambil berat mengenai kemahiran dan tahap ilmu kakitangan dan berharap agar semua kakitangan dapat mempraktikkan semua ilmu yang dipelajari bagi setiap urusan seharian di pejabat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Kolej Ketengah menyertai Program Memasak Bubur Asyura bersama Komuniti Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu Tahun 2019

5
6
7
2
4
Untitled-1
3
8

Aktiviti memasak bubur asyura cukup sinonim dengan Sambutan Ma’al Hijrah. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut meraikan sambutan Ma’al Hijrah ini dengan mengadakan Program Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH TAHUN 2019.

Bertempat di Pekarangan Balai Orang Ramai (Balora), Bandar Al-Muktafi Billah Shah pada 27 September 2019, Kolej Ketengah telah mengambil bahagian dengan memasak 1 kawah bubur asyura. Program ini membabitkan penglibatan seluruh warga Kolej Ketengah yang secara tidak langsung menggalakkan semangat bergotong royong seluruh warga Kolej Ketengah dengan program-program bersama Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan penduduk setempat.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ybhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad; Pengerusi Ketengah dan Ym. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa; Pengurus Besar Ketengah.

Turut bersama-sama dalam program ini ialah para penduduk Bandar Al Muktafi Billah Shah, termasuk agensi-agensi, pertubuhan sosial, dan pertubuhan bukan kerajaan.

Kolej Ketengah menyertai Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019

1
11
10
3
8
2
6
7
20
5

22 Ogos 2019 (Khamis) : Kolej Ketengah telah menyertai Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019 yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Program ini bertempat di Padang Astaka Kampung Pasir Gajah, Kemaman Terengganu. Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Program ini merupakan acara tahunan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan juga satu wadah bagi kita memperingati jasa pejuang-pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.

Seramai 80 orang pelajar daripada Batch 11 dan kakitangan telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pengisian pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Kolej Ketengah juga telah membuka ‘Booth’ pameran bagi mempromosikan peluang pendidikan termasuklah sesi temuduga terbuka Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya. Turut bersama-sama memeriahkan program ialah Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH Tahun 2019

18 Ogos 2019 : Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH telah dijalankan di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah. Majlis Ini telah disempurnakan oleh YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Kolej Ketengah telah diberi penghormatan bagi menyerikan majlis tersebut dengan  bacaan sajak dari pelajar Kolej Ketengah. Sajak yang bertajuk Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih telah dideklamasikan oleh Siti Fatihah Binti Ahmad Fauzi dan Muhammad Naqiuddin Bin Ramli; pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

 
 
 

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika dan Pra-Sekolah sempena Festival Kenyir 2019

6
7
1
8
4
3
5
2

25 Julai 2019: Kemeriahan Festival Kenyir 2019 pada hari pertama dimeriahkan dengan program Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika dan Pra-Sekolah yang bertempat di Pentas Utama, Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Program yang dianjurkan oleh Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah ini berjaya menarik penyertaan seramai 240 kanak-kanak Tabika dan Pra-Sekolah sekitar daerah Hulu Terengganu.

Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang telah disempurnakan oleh YM Tg. Ahmad Nadzri bin Tg. Musa; Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir ialah Encik Mohd Radzi bin Mohd Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding dan Encik Emisham bin Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Sub-Kategori

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI