Pelajar Kolej Ketengah Menjadi Sukarelawan Program 'Eco Education Programme' Bersama Showme Kids School

5
2
3
1
4

28 April 2019 : Seramai 30 orang pelajar telah dijemput oleh pihak Showme Kids School Kuala Terengganu untuk menjadi sukarelawan Program 'Eco Education'. Program ini dirancang oleh Showme Kids School bagi melakukan aktiviti riadah yang seronok kepada kanak-kanak dibawah selian Showme Kids School.

Kolej Ketengah amat berbesar hati menerima jemputan daripada pihak Showme Kids School kerana aktiviti sebegini mampu memberi pendedahan yang baik kepada pelajar-pelajar kami untuk menghadapi realiti sebenar menjadi seorang pendidik yang profesional. Semoga jalinan usahasama diantara Kolej Ketengah dan Showme Kids School akan sentiasa berterusan di masa-masa akan datang.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Pelajar Kolej Ketengah Menjadi Sukarelawan Program 'Eco Education Programme' Bersama Showme Kids School