Selamat Datang Pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa) Sesi Jun 2018

3orentasi
4orentasi
1daftar
3daftar
1orentasi
2daftar
5daftar
2orentasi
4daftar

Pada 4hb Jun 2018 yang lalu, telah berlangsung sesi pendaftaran bagi kemasukan pelajar sesi Jun 2018. Seramai 55 orang pelajar telah mendaftarkan diri dalam program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa). Serentak dengan itu, Kolej Ketengah telah menjalankan program minggu silaturrahim bermula 5hb sehingga 8hb Jun 2018. Program ini dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah diantara pelajar baru, memberi pendedahan mengenai Kolej Ketengah dan juga mendisiplinkan pelajar dengan pelbagai aktiviti dari sudut keagamaan, riadah, dan lain-lain aktiviti yang ditetapkan sebelum sesi pembelajaran bermula.

Untuk makluman, permohonan bagi kemasukan Sesi Jun 2018 akan diteruskan sehingga 31 Jun 2018. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 0982228621 atau berhubung melalui aplikasi Whatapps di talian 0169235407 (Puan Ida).

 
You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Selamat Datang Pelajar Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Sepenuh Masa) Sesi Jun 2018