Kursus Jangka Pendek : Kursus Pengurusan Aset Dan Perolehan 2018

5
4
1
2
3

17 & 18 April 2018 : Kolej Ketengah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Dan Perolehan 2018 kepada 15 peserta yang terdiri daripada Kakitangan Ketengah, Syarikat Anak dan Kolej Univesiti Bestari. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah yang arif dalam bidang tersebut iaitu Encik Din bin Hussain; Penolong Pegawai Tadbir,  Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Objektif kursus ini kepada peserta yang disasarkan adalah untuk memberikan kefahaman yang teliti terhadap pengurusan aset tetap/harta modal dengan menggunakan prinsip jangka hayat. Ini melibatkan, secara amnya, keseluruhan organisasi – suatu pandangan yang global daripada keperluan sehingga aset dilupuskan.

Sebagai penyedia kursus jangka pendek, Kolej Ketengah sentiasa menganjurkan kursus-kursus jangka pendek yang terkini sepanjang masa. Untuk pertanyaan berkenaan kursus jangka pendek; orang ramai bolehlah berhubung dengan Puan Iza @ Cik Iela di talian 098221491.

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita Kursus Jangka Pendek : Kursus Pengurusan Aset Dan Perolehan 2018