PROGRAM KOMUNITI BERSAMA TABIKA KEMAS BANDAR AL-MUKTAFI BILLAH SHAH (AMBS) : Program Haji Cilik dan Gotong Royong

11
9
3
1
8
7
10

12 April 2018 : Pelajar-pelajar program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menganjurkan Program Komuniti bersama Tabika KEMAS Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun. Program yang diadakan di Tabika KEMAS Anggerik, Blok G, Bandar Al Muktafi Billah Shah telah menarik penyertaan seramai 100 kanak-kanak Tabika KEMAS bersama 113 mahasiswa  Kolej Ketengah.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan luar kepada pelajar agar bersama dengan kanak-kanak Tabika sesuai dengan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ia juga dapat memberi pendedahan Awal kepada kanak-kanak seusia 5 dan 6 tahun untuk merasai keindahan ibadat Haji dengan mengadakan simulasi lengkap yang dibimbing Ustaz yang berpengalaman luas dalam ibadat ini. Disamping itu juga, program gotong royong membersihkan sekitar Tabika adalah satu sumbangan sosial mahasiswa kepada masyarakat.

Majlis penutup telah dirasmikan sendiri oleh Encik Emisham bin Embong iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

 

You are here:Laman Utama BERITA & AKTIVITI Berita PROGRAM KOMUNITI BERSAMA TABIKA KEMAS BANDAR AL-MUKTAFI BILLAH SHAH (AMBS) : Program Haji Cilik dan Gotong Royong