Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK)

PLKK atau Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya merupakan salah satu program yang dilaksanakan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) bertujuan bagi meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan atau dapat mengusahakan perniagaan sendiri yang boleh memberi pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan mereka serta keluarga daripada belenggu kemiskinan.

Kumpulan Sasar PLKK   

Kumpulan sasar bagi pelaksanaan PLKK terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam sistem Maklumat KIR Miskin Tegar – Sistem SPKR dengan keutamaan seperti berikut:- 

  • Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang produktif;
  • Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang tidak bersekolah dan tidak bekerja;
  • Ibu tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif;
  • Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal; dan
  • Suri Rumah (SR)/AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR yang kurang upaya.

Skop dan Kadar Bantuan PLKK  

PLKK menyediakan kursus-kursus bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan dasar mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang.

 

Program/kursus yang dianjurkan:

           

1) Pemasangan Paip (Fitter) Oil & Gas

(Tempoh Kursus : 6 hingga 8 bulan)

Kursus ini merupakan sijil ikhtisas dan kopeteni yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi dalam industry minyak dan gas di malaysia, terutamanya di pesisir pantai dan stesen pelantar minyak di negeri terengganu.

Kursus ini tertumpu  kepada kerja-kerja rutin yang banyak diperlukan di loji-loji minyak dan gas terutamanya di petronas, shell, dan lain-lain syarikat petrokimia yang terdapat di ‘onshore’ dan ‘offshore’ negeri Terengganu

Program kursus yang ditawarkan juga akan melibatkan pihak National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH), Terengganu Safety Training Centre (TSTC) dan CEF Response (Program Latihan Keselamatan dikendalikan oleh Petronas).

Peluang kerjaya :

Fitter, Fitter Welder, Fitter Mechanical, Fitter Instrument, Helper, ‘offshore’ dalam bidang minyak dan gas

 

2) Industrial Safety Skills (Oil & Gas)

(Tempoh Kursus : 6 hingga 8 bulan)

Kursus ini merupakan suatu program yang dibangunkan berdasarkan kerja sebenar di dalam loji Pemprosesan Minyak dan Gas terutamanya Petronas. Kursus ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada golongan belia miskin untuk melatih mereka secara formal dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawab mereka. Melalui program ini, para pelatih diberikan pendedahan asas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu, adalah penting untuk para pelatih dilatih sebaik-baiknya kaedah penyeliaan dan peruntukan undang-undang berkaitan keselamatan di tempat kerja.

Peluang kerjaya :

Firewatcher, helper, rigger, ‘offshore’ dalam bidang minyak dan gas

 

3) Juruteknik Habitat (Oil & Gas)

(Tempoh Kursus : 6 hingga 8 bulan)

- tiada maklumat kursus lagi buat masa sekarang-

Peluang kerjaya :

Habitat technician

 

4) Perakaunan Berkomputer (UBS)

(Tempoh Kursus : 3 bulan)

Perakaunan merupakan satu cabang kerjaya yang cemerlang serta menjamin masa hadapan yang sangat cerah kerana permintaan majikan terhadap bidang ini sentiasa berpanjangan dan tidak pernah lupus. Bidang perakaunan bukan sekadar menjanjikan peluang pekerjaan yang stabil malah individu yang memiliki kecekapan di dalam menguruskan aset dan kewangan syarikat semestinya akan diberikan perjawatan yang baik bersama tangga gaji yang bagus.

Kini revolusi di dalam sistem perakaunan telah mengubah corak pengurusan kewangan syarikat ke arah yang lebih sistematik dengan menggunakan sistem berkomputer seperti User Business System ataupun lebih dikenali sebagai UBS. 

Sistem UBS di Malaysia bukan sahaja dipercayai dan digunakan dengan sangat meluas malah aplikasi ini dipraktiskan secara praktikal oleh hampir 50% syarikat di Malaysia.

Individu yang memiliki pengetahuan di dalam sistem UBS kini semakin mendapat permintaan daripada majikan kerana mereka yang memiliki dapat menguruskan akaun syarikat dengan lebih sistematik.

Peluang kerjaya :

Kerani akaun, kerani am

 

5) Kimpalan 6G

(Tempoh Kursus : 6 hingga 8 bulan)

Kursus ini merupakan suatu program yang dibangunkan berdasarkan kerja sebenar di dalam loji Pemprosesan Minyak dan Gas terutamanya Petronas. Kursus ini diadakan untuk  memberi  perakuan  kemahiran  kepada  para  peserta  di  dalam bidang ini terutamanya sambungan Butt (G).

Kursus ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada golongan belia miskin untuk melatih mereka secara formal dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja.

Melalui program ini,  para  pelatih  diberikan  pendedahan  mengenai  pelbagai  kemahiran  yang  sejajar dengan keperluan syarikat industri minyak dan gas. Oleh itu, adalah penting untuk para pelatih dilatih sebaik-baiknya teknik asas kemahiran & keselamatan bagi persediaan kerja di loji-loji pemprosesan minyak dan gas.

Peluang Kerjaya :

Welder/Jurukimpal Industri (oil & gas, perkapalan dan pelabuhan)

 

Program ini dibuat pengambilan sebanyak sekali setahun dan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang diselia sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Kolej KETENGAH.

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan bolehlah memohon :-

SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN

You are here:Laman Utama AKADEMIK Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK)